Saturday, 14 April 2012

Tawar hati...

Dah dewasa atau tepat lagi dah tua (mulut puaka?? eh tak baik pula :p)...boleh berfikir dengan matang..tidak bertindak mengikut perasaan semata-mata untuk memuaskan hati sendiri...memahami adab semasa berbicara bukan orang muda dengan orang tua sahaja..orang yang lebih tua juga memerlukan adab ketika berbicara dengan yang lebih muda. tak perlu menggunakan perkataan yang menghina orang lain atau menyakitkan hati orang lain...kerana mulut badan binasa tak hairan la kenapa saudara aku lari ke luar negara sehingga menetap disana tinggalkan negara sendiri..tinggalkan keluarga disebabkan kata-kata orang yang kononnya merasakan diri mereka begitu hebat..puiii....rasanya tak lambat lagi aku pula yang menetap terus di luar negara...sebab perkara remeh tak perlu nak diperbesarkan aku bukan budak kecil lagi...tapi disebabkan perkara ni hati aku terlalu ralat...aku tak suka sebenarnya perkara macam ni berlaku tapi orang-orang ini terlalu sombong...bongkak tak perlu nak hina aku sampai macam ni sekali disebabkan perkara kecil...AKU nak ucap TERIMA KASIH terima kasih sangat sebab hina aku...sejak ayah meninggal orang selalu mengambil kesempatan....memang kami semua dalam keluarga tu perempuan tapi semua dah boleh berfikir...kalau bercakap tolong lah ada adab..kami dalam keluarga tak pernah bercakap macam tu...masa ayah masih ada semua tak berani cakap lepas walaupun dekat anak-anak dia sebab ayah seorang yang sangat tegas...tapi selepas ayah meninggal semua orang dah tak menjaga hati masing-masing cakap pun main ikut suka hati..lepas macam tu...tengok sini aku bukan seorang yang obses dengan makanan..makan la..makan la sampai habis aku tak hairan la...aku bukan seorang yang anti-sosial aku bukan seorang yang sombong...Konon...konon lah sangattt kenal aku..kenal dekat mana?? sekarang aku tengah bercuti...dua hari yang lepas ramai ahli keluarga yang datang berkumpul dekat rumah aku sebab nenek tinggal dekat sini...memang tak patut pun aku tulis dekat sini tapi kesabaran aku pun ada tahapnya...semasa semua orang berkumpul untuk makan malam aku lambat sedikit..lepas tu mula ada suara-suara sumbang duk mengata aku..elok lah mengata depan kakak-kakak aku pula kan...kakak pun malas nak layan diaorang cuma diam saja lah...suara-suara ni cakap aku ni anti-sosial lah bila ramai-ramai berkumpul aku tak kumpul sekali...sombong...HELLLOOOOO!!!! bila yang aku tak pernah berkumpul sekali...memang aku akui aku tak banyak bercakap sebab aku memangggggggg tak pandai nak bergurau senda dengan orang-orang yang lebih tua macam sepupu aku yang lain diaorang memang pandai ambil hati dan bergurau senda....tapi kalau umur lebih kurang tak ada masalah untuk aku nak berkomunikasi...dan orang mengata dekat aku ni orang tua lah...tak tahu la aku mungkin terasa hati sebab aku tak pernah nak bergurau-senda cuma aku cakap benda penting sahaja...lagipun jarang jumpa aku lebih banyak buat kerja sendiri...tak kan 24 jam nak kena duduk sekali...nampak gaya macam tu la kot...SORRY lah aku pun ada banyak kerja juga nak kena buat...jadi tak payah nak senang-senang label orang itu ini...dah lepas semua orang makan baru aku pergi makan tapi diaorang tak habis lagi makan...aku duduk dekat meja makan juga sedikit sedangkan aku dah makan waktu petang...mula-mula aku ingat diaorang tengah bersembang biar ja la sebelum ada ayat terakhir rupanya ayat SEDAP tu untuk aku..."bodoh la macam ni orang masak-masak datang lambat kalau habis baru taw" tiba-tiba aku terasa muka aku tersangat la panas...terus aku bagi makanan aku dekat kakak...kakak pun terkedu...perlu ke cakap sampai macam tu sekali..makan jer pun...macam budak betul lah...aku terus belah...tak cakap sepatah pun...yang pasti aku tersangat lah tawar hati sekarang...masa orang tu cakap macam tu ada juga suara belakang yang duk ketawa sinis..aku tak faham la aku tak pernah pun bagi sakit hati diaorang tak puas hati dengan aku dekat mana? aku cakap pun tak pernah tinggi suara aku hormat sebab diaorang lebih tua dari aku ...lagipun nie bukan pertama kali dah banyak kali diaorang kata dekat aku...sebab aku serius macam ayah cuma cakap benda yang penting kalau diaorang buat lawak pun kadang-kadang aku tak faham jadi aku tak ketawa cuma orang lain yang ketawa mungkin la terasa hati dengan aku...sehingga la harini aku terlampau geram sangat aku memang lepas betul-betul...aku tak sangka aku akan marah sampai macam tu sekali....aku pun terkejut...astagfirullah...nasib la ada mak dengan kakak-kakak yang memberi kekuatan dekat aku...terima kasih sebab kata aku anti-sosial sebab lepas nie korang memang tak akan jumpa aku lansung...sedih la...kalau cuti panjang pun aku dah malas nak balik... :''(

4 comments:

Zamri said...

society ni bleh ckp macam2. jadi anti-sosial tak boleh, too social pun x boleh. dah tu nak jadi apa? that reminds me of cerita Luqman Hakim n anak dia yg naik keldai kat padang pasir. whatever you do, mmg org tetap akan mengata no matter what. haish...
paling penting: be urself. =)

ishiko said...

sabarlah..
memang sedih kalau keluarga terdekat sendiri macam tu
doa mengubah segalanya..

apple damein said...

chillax sis.. :D i hope after u wrote it here, u feel btter..

N-S said...

Zamri.A : yes! you are so true.. :)

Ishiko & Apple Damein : I'm ok...I really am now...just ignoring all the voices ^^