Saturday 15 October 2011

Mungkin suatu hari nanti ianya akan menjadi sesuatu yang sangat berharga.

  
Remaja-remaja zaman dahulu dan sekarang sangat berbeza
antaranya ialah hobi mereka. Kalau tanya hobi mereka pada waktu
sekarang mesti mereka akan menjawab melayari internet adalah
hobi mereka. Jadi apa motif aku sebenarnya dengan meletak
gambar-gambar buku setem? Aku ingin ceritakan di sini
inilah hobiku semasa aku masih di sekolah rendah. Agaknya berapa
lama buku setem yang aku simpan ni.mungkin hampir sepuluh tahun.
atau lebih. Ini lah cara aku mengisi masa lapang selain
melukis. melukis juga adalah hobi yang paling aku gemari
setiap hari dalam sehari aku pasti akan menghasilkan dua buah lukisan.
Aku sudah berhenti melukis setelah habis pengajian di sekolah
dan sekarang aku amat rindu untuk melukis semula.


Apa yang ingin aku sampaikan sebenarnya?
Aku cuma ingin mengembalikan nostalgia lama. Aku mula berhenti
menjadi pengumpul setem setelah aku berkenalan dengan internet.
Dan aku kembali menjadi pengumpul setem semula adalah pada hari ini.
Apa yang seronoknya menjadi pengumpul setem ni?
Anda akan faham setelah anda menjadi peminat kepada setem.


Ini adalah setem-setem yang aku miliki dari serata dunia.
Sekarang aku sudah memiliki 8 buah buku setem.
DAN setem dibawah ini adalah yang paling lama sekali. Aku pun tak
wujud lagi dekat atas dunia ni. Aku pasti suatu hari nanti ianya
akan menjadi sesuatu yang sangat antik dan sangat berharga.
Mungkin setem dibawah berumur melebihi 50 tahun atau lebih lagi.


Aku baru teringat nak suruh kakak aku beli setem banyak-banyak
dari UK. tapi dah terlambat dia dah balik Malaysia!!





Bagaimana pula dengan anda? Hobi anda masa kecil-kecil dulu?
sekarang? Jom la kongsi sama-sama :))

6 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

nampaknye hobi mase kecik kt sama lah..sy pun suka kumpul setem jugak..mungkin nie jer lah cara utk terasa mcm sy pegi luar negara..kalau nk pegi mmg tak mampu.. huhu..

Unknown said...

8 buah buku setem? banyak mengalahkan haku neh. aku ada jugak koleksi ni, termasuk dari singapore, UK pon ada dan yang malaysia pon ada yang koleksi lama2. memang best n kusyuk sebab tengok gamba2 yang ada kat setem tu.

apple damein said...

coooollll...mengumpul setem..hehehe

N-S said...

Terbang Bersamaku:nanti dh pergi oversea jgn lupa beli setem banyak2...boleh bagi saya sama...
AcidFlynN Wraith:ya2....relax jer tengok gambar2 dkt setem tu....
apple damein: cool kan.....

aReLaN said...

waaaaaaaaaaaa...hobi sme mcm mse skolah rendah smpi la lower form sket2.pastu dh trus tggl.tp album still ade.

N-S said...

bestkan kumpul setem.....^^