Thursday, 8 December 2011

Hidup perlu diteruskan.

Walau apa pun yang berlaku hidup kita perlu diteruskan.
Walau sepahit mana pun terpaksa kita telan. setiap perkara
yang berlaku bukannya saja-saja berlaku tetapi ada sebabnya.
mungkin kadang-kadang kita tidak nampak kesannya dalam waktu
terdekat tetapi dalam beberapa tahun yang akan datang baru kita
faham dan nampak kenapa perkara sebegini berlaku.
Tahun ini adalah tahun yang penuh emosi bagi aku. Kehilangan
orang-orang yang tersayang bermula dari tokwan, ibu saudara
dan baru-baru ini ayahanda tercinta. Sedih bukan kerana tidak rela
atau tidak percaya dengan ketiadaan mereka di sisi selama-lamanya
tetapi sedih kerana kehilangan tempat untuk bergurau-senda..dan sebagainya.
Setiap perkara yang dihadapi sebenarnya membesarkan kita 
membuat kita lebih terbuka. Jadi setiap hari mulakan hari kita
dengan langkah yang baru...sentiasa memperbaharui langkah kita.
Menghargai setiap perkara orang atau benda tersayang kita. mungkin kita
tidak sedar atau tidak mengambil tahu yang suatu hari nanti kita mungkin
akan kehilangan perkara tersebut selama-lamanya.


------> Dalam hati ada musim salju lalala :p -----<(@

3 comments:

cha zainol said...

itu mesti kau dalam gambar tu kan. betul kah aku? btw, babe, things happen for reasons. bertabah ya.

Miss Dolce and Gabbana said...

setuju dengan Hermin.Sepahit mana pun hidup ianya perlu diteruskan.Memang kita tak akan percaya bahawa org yang kita sayang kini telah pergi meninggalkan kita.Try to learn redha dear.

P/s: sama sayang tahun ini adalah tahun yang penuh emosi buat diri saya juga. =)

Hermin said...

xpa bak kata org dalam kepahitan ada kemanisannya :D