Sunday, 4 December 2011

:'(

Tertipu dan terpedaya...aku benci bila perkara
sebegini berlaku...mungkin sebagai pengajaran untuk aku
lebih berhati-hati masa hadapan. Okay ini bukan pasal
cinta ke apa. Tetapi mengenai wang ringgit yang beribu-ribu.
Bila aku terfikir salah aku juga kenapa aku boleh percaya.
kenapa aku tidak berbincang dengan keluarga. Aku benci untuk 
bercakap tentang perkara ini tapi kalau aku hanya berdiam diri
aku terpaksa tanggung sorang-sorang. sumpah aku letih.
mana nak cari duit banyak-banyak. sekarang pun famili yang
tanggung. salah aku juga...kenapa la aku noob sangat? :'(
Aku terbeli suatu barang elektronik yang kononnya hebat.
rupa-rupanya aku tertipu...kakak aku juga pernah terkena.
Salah aku. menyesal sangat...sekarang terpaksa menunggu
berminggu-minggu untuk pulangkan semula barang tersebut.
tapi aku khuatir kalau aku ditipu sekali lagi barang tersebut tidak
dapat dipulangkan...? Aku tak akan bayar dan akan hantar semula
barang tersebut muktamad!! Aku berjanji perkara sebegini
tak akan berlaku lagi. aku pasti akan lebih berhati-hati 
pada masa akan datang. aku tak sabar nak semua perkara ni berakhir.

5 comments:

Fatin Nadia said...

sabaq naa.. berdoa lah banyak2 semoga dipermudahkan urusan.. belaja dari pengalaman k.. take care of yourself..:)

cha zainol said...

belajar dari kesilapan. u gonna b oke.

Hermin said...

insyaAllah belajar drp kesilapan.....

Pocket said...

err.. barangan elektronik yang riban riban, kamera!!
lappy!!
okeh, automatic rifles!!
tapi kamu nak tembak sapa pun kan...

anyway.. kamu akan belajar dari kesilapan, memang tak besh, tp suma orang gitu, kalau tak .. tak matang lah.. :D

Hermin said...

ha'a betul....bljr dri kesilapan lbih mematangkan kita :)