Wednesday, 14 September 2011

Pemakanan kita memberi kesan kepada hati.

Sedar tak pemakanan kita sekarang ni macam mana?
Masa makan pernah terfikir tak kesan
yang akan berlaku kepada kita?
Aku tengok sekarang ramai yang tidak lagi
menjaga cara pemakanan. Nak makan apa pun
kena ada cara yang betul jangan main makan sesuka
hati campur jer makanan. Kalau nak tahu cara
pemakanan yang betul kena cari ilmu.
Sebab tu ramai orang yang senang dapat
penyakit sekarang. kalau tak percaya pergi la tengok
sendiri di klinik-klinik dan hospital. sesak dengan orang.
aku rasa pasar pun tak sesak sampai macam tu sekali.
sepanjang masa penuh dengan umat manusia.
ingat makanan bukan hanya memberi penyakit kepada
kita tapi boleh merosakkan hati kita juga. sebab tu
ramai yang jadi tak tentu hala. hati jadi keras lepas tu kita
pun tertanya-tanya kenapa la masa solat aku tak pernah
rasa khusyuk? semak balik apa yang kita makan.
kalau boleh junk food, fast food atau apa-apa food yang
tak memberi faedah tu tak payah makan kalau boleh
haram kan terus tak rugi sikit pun tak rugi. nasihat
yang ikhlas daripada hati. Takut-takut makanan 
yang kita makan tu membuatkan amal ibadat
kita tak di terima. InsyaAllah aku akan cuba
update dalam entry yang baru cara makan yang
betul jangan main hentam saja. Tiada benda lain yang
paling bernilai daripada kesihatan kita.
Banyak benda sebenarnya yang kita
kena semak balik dalam hidup kita sebenarnya.
jangan ingat eleh remeh jer pun. kadang-kadang
yang remeh tu la boleh memberi kesan yang
besar. jangan kita asyik nak berseronok saja
atas dunia ni. sampai tak pernah tahu tujuan sebenar
kita dekat sini. apa-apa pun back to Allah
insyaAllah kita tak akan tersesat.

No comments: