Tuesday, 20 September 2011

Panggilan yang sesuai untuk itu olang ma....

grrrr....aku bertukar menjadi harimau jadian.
eh kadang-kadang terfikir la juga aku
apa sebenarnya yang berada di dalam fikiran
sesetengah orang. bukan maksud aku
nak menyelami fikiran semua orang tapi
cuma sesetengah orang. aku tak nak
la ada yang fikir aku nie macam.....
macam ni...."ish hang ni tak dak qeja
lain ka? taw nak jaga tepi kain orang,
tepi seluaq, tepi skirt..biaq pi kat depa
la nak pikiaq lagu mana pun nak buat apa
pun...hang tak payah duk kalut" macam 
mana aku tak kalut dah duk depan mata. 
rimas, menyampah, meluat apa lagi?
tak tahu la sampai bila baru nak berubah.
perangai yang paling tak boleh diubah dari dulu.
buang sampah macam buang angin. ni nak habaq
mai sikit. buang angin tak apa la tak nampak. tapi
kalau buang sampah? tak nampak juga?
sampah apa tu yang tak nampak? kongsi
ar sikit. aku kan paling tak suka benci orang
yang buang sampah merata-rata. walaupun 
sekeping plastik 'cokelat' hampa duk makan tu.
aku malas nak merapu panjang-panjang pasal
ramai dah yang selalu tulis pasal benda ni sampai
orang naik muak. tapi duk tak faham-faham
macam tu juga la. boleh fikir dengan sendiri kan?
tak kan tak pernah rasa sakit hati..sakit mata..
sakit ginjal tengok sampah merata-riti? atau anggap
sampah tu macam pokok-pokok bunga liar yang
cantik? "tak payah buang la..cantik pa bunga tu"
oooo patut la buang sampah macam tu je. sebab 
lama-lama sampah tu bertukar menjadi bunga liar
yang begitu indah. sekarang baru aku faham! 
sebenarnya banyak lagi perangai buruk yang harus
dikikis jangan sampai jadi seperti kerak-kerak hitam
di kuali. sukar untuk dikikis jikalau dibiarkan
sebegitu lama. sebab tu la aku terfikir apa yang
mereka fikir.banyak lagi sebenarnya
cuma aku malas nak sebut-sebut disini.
sebab apa? sebab aku malas..

No comments: