Thursday, 22 September 2011

Kinestetik.

Itulah aku kinestetik,
seseorang yang tak tahu duduk diam.
bukannya bermaksud hiperaktif. aku adalah jenis
yang suka melakukan pekerjaan yang
mempunyai banyak pergerakan
daripada duduk saja. Sebab tu la
aku agak lemas sebenarnya ketika
ayahandaku memberi pandangan
untuk belajar dalam bidang yang hanya
berada di dalam ofis.sedangkan aku
dengan sedaya upaya mengelakkan diriku
daripada menceburi bidang yang hanya 
waktuku dihabiskan di ofis atau apa-apa
jenis pekerjaan yang hanya terperuk
di dalam sesebuah bangunan.
Dan alhamdulillah impian aku tercapai
bidang yang aku ceburi adalah
bidang yang membuatkan aku tak perlu terperuk
di dalam ofis. bidang yang membuatkan
aku menjelajah ke seluruh pelusuk bumi
mengkaji keindahan ciptaan yang Maha Esa.
Beberapa waktu yang lalu aku adalah
seorang yang major di dalam biologi. tapi
aku merasakan sesuatu yang tidak kena.
bidang tersebut tidak sesuai untuk aku.
sebut saja biologi mesti akan ramai yang terbayang
wah banyaknya kena baca dan ingat. huh asal buka
buku aku tidur. jadi macam mana aku buat untuk
ingat setiap yang dipelajari aku tulis banyak-banyak kali
sampai aku ingat. bayangkanlah buku yang berinci-inci
tebalnya aku harus tulis semula untuk mengingatinya.
jadi aku berfikir dan berbincang apa sebenarnya
bidang yang sesuai dengan aku. dan yeah aku
telah mendapat jawapannya sekarang. Sungguh
perancangan Allah terhadap hambanya begitu hebat.

No comments: