Tuesday 13 September 2011

Cinta sana dan sini.

Aku lemas!
Baca sana cinta baca sini cinta juga.
Aku meluat dan menyampah
umat sekarang tak habis-habis
dengan cinta mereka. Kalau
aku terjumpa pasal post
tentang cinta memang aku tak 
akan baca. sebab apa sebab
aku menyampah. Maaf aku
seorang yang tegas dalam hal
sebegini. Tak semudahnya
aku akan tersungkur dalam dunia
yang memberi janji yang begitu
indah kononnya. hakikatnya semua itu
dusta tak memberi sebarang keuntungan
sebaliknya hanya mendapat kerugiaan.
Aku punyai benda yang lebih penting
untuk dilakukan dan difikirkan daripada
membuang masa memikirkan tentang
cinta dunia yang tak membawa kemana.
Huh mungkin akan ada di luar sana akan
kata. *baik kau diam sebab kau tak tahu
apa itu cinta atau baik kau tutup mulut
rapat-rapat sebab kau tak pernah bercinta.*
HAHAHA....ok ok aku diam kau memang
kelakar la. kalau kau faham maksud yang
sebenar kau tak akan lemas dalam dunia
percintaan itu sendiri. Tiba-tiba aku terasa
loya membincangkan tentang cinta dengan
panjang lebar. noktah di sini takut juga
aku kalau-kalau ada yang melenting.

p.s.aku terlalu sibuk melakukan itu dan ini. InsyaAllah sekiranya
aku mempunya masa aku akan terus menulis di sini
dan cuba untuk membuatkan sini dunia kecilku tidak
menjadi sunyi dan membosankan.

No comments: