Saturday, 20 August 2011

Syukur sebab pembantu rumah aku seorang yang baik.

Dah berapa tahun yer dia dekat sini? 
aku pun tak ingat dah. 4 ke 5 tahun.
sangat baik dan rajin. aku rasa agak
susah nak dapat pembantu rumah
yang macam ni. kitaorang tak pernah nak
bezakan taraf atau kedudukan tapi
menganggapnya sebagai saudara
seislam. kalau kita menganggap
mereka sebegitu kita tak akan
terselit sedikit pun rasa sombong
atau bongkak.dia pun manusia biasa
ada perasaan sama macam kita. bayangkan
kalau orang lain layan kita macam hantu
macam mana perasaan kita? tapi ada juga
pembantu rumah yang perangai macam hantu
sebab tu la ramai juga yang naik hantu kan?
Pandai-pandailah kita layan diaorang.tapi
jangan la buat diaorang macam haiwan pula.
Itu jer yang aku nak beritahu.Lagipun
pembantu rumah aku dah habis tempoh
bekerja dengan keluarga kitaorang. esok 
dia akan terbang pulang ke negaranya.
Entah la pembantu akan datang macam mana.

2 comments:

namaakulynn said...

harap dpt yg baik2.hehe

HanaKimi said...

insyaAllah... :)