Friday, 19 August 2011

Perbezaan shopping di UK dan Malaysia.

Korang tahu tak kalau dekat UK korang
bawa 10 pound untuk beli barang-barang dapur 
pun dah cukup. Boleh jadi barang yang dibeli penuh satu troli.
tapi kalau nak beli dekat Malaysia
sedia la 100++ ringgit dulu baru penuh satu troli.
lagi satu budaya dekat UK kalau naik atau 
turun escalator  diaorang akan duduk sebelah jer.
yang lagi sebelah diaorang bagi laluan kalau-kalau ada
yang nak turun ke nak naik cepat ke. tapi dekat
Malaysia aku tengok susah sangat nak bagi laluan. 
Sebab kita tak pernah praktikkan benda ni sebab tu rasa susah.
Sama juga kalau pembonceng motosikal...aku tengok
dekat Malaysia pembonceng semua akan ke depan sekali 
kan bila dekat trafic light. Tapi tidak di sana kalau diaorang
berhenti dekat belakang sekali pun diaorang tak akan potong
kereta atau motosikal dekat depan diaorang.
 Bukan aku nak kata dekat sana semuanya sempurna. Tak juga
cuma banyak budaya diaorang yang murni sepatutnya kita
praktikkan. Kalau diaorang tengok orang kurang upaya naik train ke bus ke
diaorang memang akan beri laluan dahulu. Aku nak cerita pasal
shopping jer sebenarnya tapi dah melalut lebih pula. Aku tercetus
nak tulis pasal ni sebab aku baru jer pergi shopping tadi. Tiba-tiba
jer aku teringat budaya sana dengan sini jauh berbeza. budaya yang baik
jer la bukannya yang buruk.korang jangan salah faham pulak.
kita la yang sepatutnya mengamalkan semua tu tapi dah
tak pernah buat dan tak biasa nak buat macam mana. Mungkin
kita perlu luangkan sedikit masa pergi jalan-jalan negara orang lain
kot mungkin kita akan faham.

p.s. Oh lagi satu terima kasih kepada yang sudi
melawat dan follow. tak sempat nak lawat dan follow
balik. Dekat bahagian follower tu tak naik apa-apa pun
tunggu la dulu later on i pergi terjah blog korang
dan follow balik. Terima kasih lagi sekali!
wish you all have a good day ahead.

1 comment:

namaakulynn said...

budaya yg bbeza dgn sini. how i wish to be there. hihihi. nak jugak rs pgalaman tmpt org. ;)