Tuesday, 9 August 2016

Brownies kaww!!

Dah lama sangat aku teringin nak makan brownies tapi tak kesampaian lagi. Nak beli rasa sayang duit pula haha nak buat sendiri tudia sampai la tak buat-buat lagi. Aku nak kongsi resepi dekat sini senang sangat rupanya nak buat. Minta-minta la hujung minggu ni ada kerajinan nak buat brownies ni.

1. Cairkan coklat atau masak guna serbuk koko bersama-sama butter

2. Dalam bekas lain, masukkan gula kastor, gula perang,4 biji telur dan esen vanila gaul rata ok!

3. Lepas tu satukan tepung naik jenama Blue Key pun boleh dan serbuk koko.

4. Tuangkan adunan telur dan gula tadi kedalam coklat yang kita masak tadi, gaul yer.

5. Kemudian ayakkan tepung dengan koko tadi kedalam adunan.

6. Lapik kertas kek dalam loyang sapukan butter sikit dan tuangkan adunan tadi.

7. Bakar dengan suhu 160c selama 30 minit.


Kalau korang nak tahu lebih detail lagi boleh tanya dengan pakcik google, kalau tanya dengan aiiii, aku sendiri pun tak tahu haha, nanti main campak-campak jer dekat situ boleh jumpa lagi banyak resepi yang orang lain dah kongsi yer.

2 comments:

City Zooliecar said...

Simple jaaa rupanyaa. Boleh cuba nanti ^^

N-S said...

ha'a simple jer sebenarnya nak buat ni..