Monday, 28 March 2016

I see no problem with silence.

Sebab tu la, ada kata-kata mengatakan macam mana kita belajar bercakap, macam itu juga la kita kena belajar mendiamkan diri. Bila banyak sangat bercakap, kadang-kadang kita tak sedar telah menyakitkan hati orang lain dengan kata-kata kita. Aku terpanggil nak buat entri ni sebabnya aku sendiri berada dalam situasi dimana bila kita bersembang dalam sesuatu kumpulan mesti ada dua tiga makhluk yang suka mempersendakan orang lain, menjatuhkan orang lain, dan beberapa kata-kata yang membuatkan orang lain berasa tidak selesa. Aku percaya ramai yang pernah berjumpa dengan orang sebegini, boleh jadi orang yang terdekat dengan kita ahli keluarga kita sendiri barangkali. Aku sendiri bukan baik mana pun tapi tak perlu bila kita bercakap sehingga menyebabkan orang berasa tidak selesa dengan kata-kata kita. Jadi aku nak ingatkan untuk diri aku sendiri juga supaya bila berkata-kata aku tak menyakitkan hati orang lain, tidak menjatuhkan orang lain, tidak mempersendakan orang lain, tidak memalukan orang lain, banyak lagi lah. Kadang-kadang mendiamkan diri sendiri tu lagi bagus.

3 comments:

Nabila Syifa said...

i kadang2 bayak ckp.kadang2 pendiam.depends on situation, place, and environment.

zaitie hasnan said...



tu lah kadang2 kata2 kita leh buat org terasa hati, even kadang2 niat kita just bergurau ~

N-S said...

Nabila Syifa: ha'a saya pun tengok kepada situasi juga, kadang2 talkative kadang2 diam jer :D

Zaitie hasnan: tu la saya sendiri pun rasa kadang2 tersakitkan hati org lain dengan kata2 walaupun kita nak bergurau jer, lepas ni kena berhati2 la bila nak berkata2 :D