Saturday, 31 January 2015

:)

Aku ada kenal seorang kakak ni...nama panggilan dia kak an. bagi aku dia seorang yang sangat hebat aku selalu tertanya-tanya kalau aku yang berada ditempat dia mampu kah aku nak lalui cabaran hidup yang dihadapi. Setiap hari kalau aku berjumpa dengan kak an, mesti dia akan sentiasa tersenyum. Ada seperkara yang aku rasa sangat kagum dengan kak an, dia seorang yang tabah walaupun diri dia sendiri kurang upaya tapi pada masa yang sama dia mampu menjaga ibu dia yang dah uzur dan kurang penglihatan. dia cerita tahun lepas dia mengalami masalah jantung, lepas buat pembedahan jantung...kaki dia pula tak berfungsi mula-mula dia rasa kebas lepas tu hilang deria terus, kiranya kaki dia dah tak berfungsi lansung sampai mereput...dia bagitau kulit kaki dia boleh tarik keluar
satu -satu dah tak ada rasa apa-apa lansung. supaya tak melarat lagi teruk kaki dia terpaksa dipotong. hebatnya kak an ni walaupun tak betul-betul sihat lagi dah datang kerja mampu lagi ketawa, sentiasa ceria. kadang-kadang kaki dia terlalu sakit sampai menangis-menangis...kesian sangat tak tahu nak cakap...tapi yang pasti aku rasa sangat-sangat kagum dengan ketabahan dan kesabaran kak an...aku rasa aku sendiri tak mampu nak jadi setabah dia.

No comments: