Sunday 24 November 2013

Pertemuan dan Perpisahan.

Selama perjalanan aku sebagai perantau,
aku bersyukur sebab berjumpa dengan manusia-manusia yang sangat baik
hati. terlau banyak pertolongan yang diaorang bagi dekat aku.
Tak mampu nak balas budi, hanya Allah yang dapat balas budi baik diaorang.
tapi bak kata orang dalam perjalanan tu akan ada juga onak dan duri.
tapi biar jer la, perkara dah berlalu benda-benda yang macam tu sebenarnya
mengajar kita untuk  menjadi lebih penyabar.
bila berjauhan dengan keluarga, orang yang akan selalu bersama dengan kita
mesti la sahabat, bila susah senang daripada situ kita boleh kenal sahabat yang sebenar.
tapi bila dah berpisah, berjauhan baru kita akan kenang semula kawan-kawan,
buruk macam mana pun diaorang pernah jadi sahabat kita, jadi tak perlu nak marah simpan dendam.
sebab semua tu akan jadi kenangan dalam perjalanan hidup kita.
Betul kata orang pertemuan tu satu perkara yang menggembirakan tapi perpisahan tu satu yang menyakitkan.
Semasa ditempat orang aku kenal seorang kakak ni aku panggil kak Ina. seorang yang sangat
baik hati sampai tak terbalas budi aku, kalau diikutkan terlalu banyak pemberian dan
pengorbanan yang dia beri. Harap suatu hari nanti dapat berjumpa lagi....
Kalau boleh banyak benda yang aku nak ucapkan dekat dia tapi tak mampu nak suarakan sebab sedih sangat...hadoi...susah aku nak jumpa orang sebaik macam ni...satu dalam seribu.
Entah bila tahun lagi boleh berjumpa.

No comments: