Thursday 22 August 2013

:'(

Entri yang lepas aku ada post tentang 
projek aku untuk semester ni,
ingatkan dah habis, boleh la nk bergembira
rupanya bila tanya pendapat supervisor
dia tak mahu ada 'road reserve' dalam lot kawasan perumahan
cuma mahu jalan sepanjang 20 kaki++,
kata orang utara, macam nak qeyau aku,
dah siap semua skali dengan text, tiba-tiba kena padam
design lain, nasib ada banyak masa lagi.
aku tak puas hati, tanya lagi baru dia terima
design aku, cuma kena ubah sikit-sikit.
bukannya senang nak siap, tidur pun tak tentu hala,
walaupun dia terima, tapi takut pula markah mungkin berkurangan.

kalau kena design semula memang aku jadi kasim selamat menangis sebulan tanpa henti.
setiap satu unit rumah aku kena pastikan jarak dan bearing adalah sama, jarak unit rumah
dibahagian tepi setelah dichamfer kena sama. tak tahu nak cakap perasaan tadi macam mana,
sedih. mudah-mudahan supervisor aku berpuas hati dengan hasil kerja tak seberapa ni.
Esok nak pergi menghitamkan diri selama empat hari di laut, hydrography practical training. Mengukur 
kedalaman laut.


No comments: