Thursday 22 September 2011

Kau nostalgiaku.

Kali pertama menjejakkan kakiku
kesana hatiku kosong. kau bumi yang
asing bagiku. lantas otakku ligat
berputar "benarkah pilihanku untuk kesana?"
tiba-tiba hatiku meronta-ronta meminta untuk
pulang. tapi aku yakin..aku seorang
yang  tabah. jadi aku butakan
mata..pekakkan telinga aku teruskan
melangkah walaupun hati sayu ditinggalkan
keseorang di bumi yang begitu asing.
Tidak pernah terlintas di kotak
fikiranku rupanya kau meninggalkan
nostalgia yang sukar untuk digambarkan
dengan kata-kata. Perasaan yang sedih..
gembira..dan penuh dengan tanda tanya.
Nostalgia kau masih mekar di dalam sebuah kotak
yang disimpan rapi olehku. Aku yakin kau
tidak akan sesekali terusik. Aku tidak
mahu kau terkubur ditelan waktu. Aku
mohon agar kau setia berada di dalam kotak
yang di simpan rapi. walaupun aku berada
di bumi yang begitu asing dalam jangka
yang begitu singkat. tapi aku tahu ada perkara
yang tersirat mengapa aku yang terpilih untuk kesana.

3 comments:

Rara. said...

ni mesti kat oversea sekarang kan? btw. puitis bahasa awak :)

Syairani Tarmizi said...

wahh pandai berpuitis..nice post actually dear :)

krazylenglui said...

bynk mksud trsirat :)
smoga kuat dn tabah di sana..