Wednesday, 31 August 2011

Aku suka untuk berbicara tentang budi bicara.

Aku tengok ramai yang sudah hilang
budi bicara ketika berkata-kata
satu sama lain. kadang-kadang kita
nak orang lain hormat kita.tapi kita
tak hormat orang ketika kita berbicara.
tengok orang terdekat dengan kita sudah la.
buka mulut sikit ja dah buat orang sakit 
hati. nak minta tolong orang pun, tapi
minta tolong dengan cara menyakitkan hati
orang lain. tak ada budi bicara dah ke
orang sekarang? tak ada budi bicara bagi aku
adalah orang yang tak ada sikap penyabar.
cakap sikit nak marah-marah nak maki-maki.
muhasabah balik diri tu. jangan rasa diri tu hebat,
sehingga menjadikan kita orang yang bongkak dan
sombong. tak layak kita untuk ada sifat sebegitu.
islam tak pernah mengajar kita untuk tanamkan sifat 
sebegitu di dalam diri kita. fikir-fikirkan.

No comments: